MY PROMISE :)

Sekarang dah musim orang couple balik. HAHA, aku bila nak couple ni? Aku ada 3 mangsa. 2 kat facebook, satu kat sekolah. HAHA, nanti aku nak try dorang :D HAHAHAHA, bapak gedik aku ni -.- Jyeaah, aku sedar sapa aku xD KehKeh, dah ahh. Aku dah malas nak couple couple ni. Buang masa --' Keputusan aku pun dah makin teruk. Aku nak dengar cakap mak aku. Tak baik derhaka xD Kalau aku couple, bercinta sekarang, macam laa dia boleh sara hidup aku time besar kan? Lebih baik aku belajar dulu :) Kalau besar nanti aku nak bercinta, buat laa. Asalkan aku ni ada pelajaran. Aku ni ada keja. Mak aku cakap, sekarang ni bidang nurse pun kena ada 5 credit. Baru zaman sekarang, zaman aku form1. Kalau zaman aku nanti? Susah do. Takkan nak jadi pengutip je kan? Mak aku cakap, belajar laa untuk diri sendiri. Bukan untuk mak. Mak dah lalui semua tu, mak dah pun capai cita cita mak. K, cita cita aku nak jadi doktor, weh, nurse pun kena 5 credit. Inikan lagi doktor. Susah gila -.- Aku berjanji, demi mak aku, aku akan jadi doktor. Kalau mak aku sakit, aku boleh rawat kan :) Sepupu aku semua nya pandai. Kalau aku tak pandai, malu laa mak aku :| Abang aku tu bukan boleh harap pun. Mak aku cakap, aku jeh laa yang diharap. *hihi. Aku bukan nak bangga keh ape -.- Kalau mak aku dah tua nanti, kalau mak aku dah bersara nanti, sape nak jaga dia? Sape nak belikan ubat untuk dia? Sapa nak bagi dia makan? Semua tu perlukan duit weh. Kalau aku takda keja, kalau aku keja pengutip jeh, macam mana aku nak jaga mak aku? Sedang kan, dari aku kecik sampai sekarang mak aku bekerja cari duit nak bagi aku makan. Nak bagi aku tempat tinggal. Bila dia yang perlukan penjagaan, aku tak mampu. Takkan nak letak dia kat pusat jagaan orang tua kot? Ya Allah, tu mak aku. Mak aku sendiri tak pernah letak aku kat pusat jagaan anak anak yatim. Aku selalu tengok dekat TV, yang time kecik mak dia manjakan anak dia, bila besar anak dia pijak kepala mak dia. *bukan pijak ape, macam derhaka ahh. K, cuba cakap sikit kat aku, mak sapa yang tak manjakan anak dia? Cuma mak yang tak tau ape makna anak. Mak aku pun manjakan aku, tapi manja manja pun, selalu kena pukul jugak xD K, mak kita manjakan kita, takkan kita tak boleh manjakan dia bila dia dah tua nanti? Takkan laa kita nak suruh dia buat ini itu sendiri? Heh, *aku ni dah masuk bab ceramah pulak -.- . HAHAHA, aku bukan apa, bila aku buat benda ni, aku fikir apa dosa aku kat mak aku. Ya Allah, aku nak berubah ): Yea , aku dah banyak melawan cakap mak aku, aku dah banyak tipu mak aku. Mesti mak aku time dia solat, dia berdoa agar aku berubah ): Mesti dia sedih ada anak macam ni ): Aku ni tak kenang budi betul, semua yang aku nak, semua nya dapat. Tapi, ape yang dia nak dari aku, ada aku bagi? Tak. Kali ni aku janji, aku mesti berjaya. Aku mesti berubah. Aku mesti jaga mak aku :) Aku dah tak boleh tidur dalam kelas, aku mesti focus . Aku dah tak nak pegi tandas dah. Aku mesti solat subuh, zohor, asar, maghrib, isyak.  Harapan mak aku, nak tengok aku berjaya. Mak aku cakap, kalau kita tak sembah Allah, macam mana kita nak berjaya? Setakat usaha dengan nasib nak buat apa? Kalau kita berjaya, tapi perangai teruk nak buat apa? Tak guna macam tu weh.Yes, aku mesti berubah :)

*Mak, adik janji, adik tunaikan semua permintaan mak :) Adik sayang mak sangat sangat :') Mak je laa , satu satu nya mak adik. Kalau mak dah takda nanti, sapa nak jaga adik? Lebih baik adik belajar kan? Mulai hari ni, 12-7-2011 adik janji yang adik akan berubah. Dah takda facebook setiap hari, sabtu dgn ahad jeh. K, ILOVEYOU , MUAAAAAAAAAAAAAH :*

P/S: Sorry, takda kena mengena dengan sapa pun. Just, diri aku sendiri :) Kbaaaio.









Promise with me that you will not tell anyone :) Iloveyou :*

You are reading my diary. Please do not tell anyone okay? Thanks :)